English | Malay

 

Lokasi  Alam Semulajadi   Fungsi   Kemudahan  Informasi Pelawat Tempat-Tempat Menarik

   Laluan & Kebenaran Masuk  Onlinestore   Reservation  Tariff     Reservation Status  Berita   FAQs    Syarat-Syarat   Keterangan Lanjut


FUNGSI

Pusat ini telah dibina pada 1986 bagi tujuan penyelidikan, pendidikan, latihan dan rekreasi lasak.

Penyelidikan

Researcher in the DVFC Laboratory. Photo By J. OmarPLLD telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai satu pusat penyelidikan tropika. Satu program jangka panjang pelbagai-disiplin telah dimulakan pada tahun 1984 sebagai satu pakatan usahasama di antara Lembaga Pengurusan Lembah Danum dengan Royal Society dari Akademi Sains Antarabangsa United Kingdom. Tujuan utama program adalah:-

1. Mendapatkan pemahaman saintifik tentang proses ekologi dan mekanisme evolusi pemeliharaan Hutan Hujan Tropika.

2. Menyediakan peluang-peluang latihan kepada rakyat Malaysia dalam bidang ekologi, perhutanan dan sains yang berkaitan.

3. Menilai kesan pembalakan dan menyediakan maklumat mempertingkatkan pengurusan hutan.

PLLD menyediakan beberapa makmal, bilik komputer, perpustakaan, dan lain-lain kemudahan penyelidikan serta boleh menempatkan sehingga 20 penyelidik menetap pada satu masa yang sama. Penyelidik adalah terdiri daripada penyelidik luar negara dan tempatan samada pada peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah kedoktoran atau seterusnya.

Canopy Research. Photo By J. OmarStaff from Forestry Department on training. Photo by YS/ICSBLatihan

Salah satu tujuan utama Pusat Luar Lembah Danum adalah untuk latihan dan meningkatkan keupayaan samada untuk kakitangan atau orang luar. Pusat ini berupaya menampung sehingga 100 orang peserta kursus dan seminar, dengan kemudahan bilik mesyuarat serbaguna yang lengkap serta berhawa dingin dan sebuah dewan serbaguna.

Kumpulan pengguna termasuk jabatan-jabatan kerajaan ,agensi bukan kerajaan dan pelbagai organisasi luar negara. Pusat ini juga merupakan lokasi ideal untuk pembelajaran peringkat tinggi , latihan industri dan lawatan lapangan tropika oleh pelajar luar dan dalam negara. Walaupun Pusat ini sesuai untuk keperluan ahli perhutanan dan biologi, namun kumpulan lain juga boleh berkongsi menikmati keindahan alam semulajadi dan ketenteraman sekelilingnya.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (PAS)

Sebahagian aktiviti Pendidikan Alam Dekitar samada formal atau tidak formal dijalankan di PLLD, pelawat boleh mengikuti pelbagai aktiviti “outdoor & indoor” yang mencabar dan menyeronokkan, atau menemui para penyelidik luar dan dalam negara yang sedang membuat penyelidikan mereka di sini. Anda juga akan mempelajari dan melihat dengan lebih dekat lagi beberapa initiatif dalam pengurusan hutan berkekalan. Semua ini anda boleh temui/alami dengan menyertai Pendidikan Alam Sekitar.

Learning river ecology. Photo By Mokti   Anybody can be a scientist. Photo By J. Omar   School children learning about leaves. Photo By J. Omar

Bangunan Intepretasi Alam Semulajadi & Pendidikan Alam Sekitar SHELL yang baru siap dibina dan Pondok Rimba adalah dilengkapi dengan pameran dan alat interpretasi supaya aktiviti mempelajari hutan boleh dijalankan walaupun pada hari hujan.

SHELL Nature Interpretation Building. Photo By O. Fung  Visitors admire the display inside the SNIEE Building. Photo R. John  Nature Discovery Centre. Photo By S. Yorath

 

 

All Materials © Yayasan Sabah
Powered by: IBiz Solutions, Inc.