|
Lain –lain Kemudahan
Penyelidikan
Pembantu Penyelidik
Pihak Royal Society mempunyai kumpulan 8 orang pembantu
penyelidik sepenuh masa di PLLD. Kumpulan ini adalah terlatih
dan mempunyai pengalaman yang banyak tentang Pusat ini dan
mempunyai pelbagai kemahiran penyelidikan secara pratik.
Kesemua pembantu penyelidik ini adalah mahir menggunakan
komputer dan berpengalaman dalam penggunaan "software" tertentu
yang berkaitan dengan penyelidikan yang dikhususkan kepada
mereka.

Kenderaan
Terdapat 4 buah kenderaan yang khaskan untuk tujuan
penyelidikan.
-
Sebuah Toyota Hi-Lux “pick up”
disediakan untuk kegunaan semua penyelidik.
-
2 buah Toyota Land Cruiser “pick up”
untuk penyelidik yang bercadang untuk pengunaan lasak
dan mengangkut barangan yang berat.
-
Sebuah Ford Ranger Turbo “twin cab”
untuk penyelidik yang bercadang bagi perjalanan jauh
Para penyelidik yang bercadang untuk
menggunakan kenderaan tersebut mestilah mendapatkan kebenaran
daripada Saintis Kanan dan Pengurus Projek sebelum menggunakan
kenderaan-kenderaan tersebut. Mereka juga perlu mempunyai
lesen memandu yang sah. Bagi perjalanan yang jauh, ianya mesti
dipandu oleh Pembantu Penyelidik. Bayaran bagi penggunaan
kenderaan adalah bergantung kepada keperluannya.
|