|
Makmal
PLLD mempunyai dua jenis makmal penyelidikan – iaitu makmal
Analitik di Bangunan SHELL dan makmal bahan basah. PLLD juga
mempunyai bilik pengeringan bersolar yang boleh digunakan
untuk mengeringkan bahan yang besar jumlahnya.
Makmal
Analitik
Makmal analitik ini dilengkapi dengan beberapa peralatan asas
seperti:
• 2 oven pengering yang besar (30oC-220oC)
• Oven pemanas (1200oC)
• 2 penimbang elektronik
• Peti sejuk dan peti pembeku
• Penyuling air
• Almari wasap
• Mikroskop stereoskopik dan sumber cahaya sejuk
• Setor penghalang lembapan
• Setor bahan kimia
Makmal Bahan Basah
Pembasuhan ringan, pembersihan dan pengasingan spesimen atau
sampel boleh dilakukan di luar makmal. Di dalam makmal ini
dilengkapi dengan beberapa buah sinki, bilik setor untuk
penyelidik dan oven pengering yang kecil.
|