English | Malay

 

Lokasi  Alam Semulajadi   Fungsi   Kemudahan  Informasi Pelawat Tempat-Tempat Menarik

   Laluan & Kebenaran Masuk  Onlinestore   Reservation  Tariff     Reservation Status  Berita   FAQs    Syarat-Syarat   Keterangan Lanjut


BILIK KOMPUTER & PERPUSTAKAAN

Computer Room. Photo By S. YorathBilik Komputer

Pihak Royal Society menyediakan jaringan komputer yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Sistem yang terbaru terdiri daripada jaringan Compaq PCs-3 yang terdapat di bilik komputer (berserta dengan 'server') dan satu lagi berada di perpustakaan. Semua komputer tersebut dimuatkan dengan MS Office dan aplikasi penyelidikan yang pelbagai guna.

Terdapat juga punca-punca jaringan talian di dalam bilik komputer dan perpustakaan untuk komputer peribadi para penyelidik. Setiap jaringan komputer mempunyai talian “broadband” melalui satelit. Alamat e-mel Danum ialah rsdanum@the.net.my .

Saintis kanan atau salah seorang pembantu penyelidik akan menyediakan akaun pengguna serta kata laluan untuk mengakses jaringan dan memberi nasihat mengenai prosedur penyimpanan fail. Bilik komputer ini dikhaskan untuk kegunaan para penyelidik sahaja dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Library. Photo By J. OmarPerpustakaan

Perpustakaan PLLD sentiasa dikemaskini dan dilengkapi dengan buku-buku yang merangkumi pelbagai tajuk seperti sejarah, pengurusan hutan, konservasi dan lain-lain topik yang berkaitan.

  • Disediakan untuk kegunaan semua penyelidik dan pengunjung yang berkait dengan penyelidikan. Semua tajuk terdapat dalam kumpulan data MS Access.

  • Tesis Danum dan buku yang tidak lagi diterbitkan adalah dalam almari berkunci – kunci boleh didapati dari pembantu penyelidik.

  • Beberapa buah meja dan kerusi disediakan untuk anda gunakan bagi komputer peribadi.

** Semua buku, jurnal dan apa jua jenis kertas kepunyaan perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan ini.

 

 

All Materials © Yayasan Sabah
Powered by: IBiz Solutions, Inc.