English | Malay

 

Lokasi  Alam Semulajadi   Fungsi   Kemudahan  Informasi Pelawat Tempat-Tempat Menarik

   Laluan & Kebenaran Masuk  Onlinestore   Reservation  Tariff     Reservation Status  Berita   FAQs    Syarat-Syarat   Keterangan Lanjut


INFORMASI UNTUK PELAWAT

Pelawat terbahagi kepada beberapa kategori:

  • A : Pelajar Malaysia (Sekolah Rendah & Menengah)

  • B : Pelajar Malaysia (Universiti & Maktab)

  • C : Malaysia Dewasa (termasuklah warga asing yang telah berkhawin
    dengan rakyat Malaysia atau memilik status penduduk tetap)

  • C : Saintis luar negara dari Royal Society yang menjalankan kajian
    jangka panjang

  • D : Penyelidik luar negara yang menjalankan lawatan perancangan dan
    penyelaiaan serta penyelidikan jangka panjang di bawah Program
    Hutan Hujan Lembah Danum

  • E : Lain-lain saintis, pelajar dan pencinta alam dari luar negara dengan
    kebenaran bertulis daripada Setiausaha JPLD.

  • F : Pencinta Alam dari Luar Negara yang berdaftar dengan organisasi
    yang diiktiraf dan telah berhubung dengan Setiausaha JPLD secara bertulis serta mampu mengemukakan surat kebenaran tersebut.

    *** Semua pelancung adalah dinasihatkan melalui Borneo Nature Tour Sdn Bhd. Sila e-mel ke ijl@po.jaring.my atau rujuk ke www.brl.com.my

Butiran Harga

 

Kategori

 

A

(RM)

 

B

(RM)

 

C

(RM)

 

D

(RM)

 

E

(RM)

F

(RM)

Permit Masuk

Pelawat Harian

2

2

4

10

20

20

Pelawat Menetap

3

3

15

25

30

30

Penginapan (Seorang satu malam)

Bilik VIP (2 org/bilik)

Tambahan 1 orang

138

138

138

172

210

260

15

15

25

45

55

66

Rumah Rehat

Tambahan 1 orang

35

35

70

95

160

180

10

10

25

45

55

66

Asrama (seorang)

7

7

20

42

55

66

Tapak Perkhemahan

5

5

10

18

24

30

Sajian Makanan (Seorang satu hari)

Sarapan

6

8

10

12

15

18

Makan Tengahari

5

6

8

10

12

14

Makan Malam

8

10

13

18

25

28

Sajian Penuh

19

24

31

40

52

60

 

** Harga akan berubah tanpa notis awal



Penyediaan Makanan

  • Makanan akan disediakan secara buffet di ruang makan rumah rehat
    (kapasiti maksima ialah 70 orang)

  • Makanan berbungkus boleh dibekalkan jika ditempah sehari sebelumnya.

  • Minuman kopi dan teh disediakan secara percuma di dewan makan rumah rehat bagi mereka yang menempah makanan penuh sehari.

  • Air untuk diminum juga disediakan secara percuma.

  • Pelawat yang tinggal di asrama atau tapak perkhemahan boleh memilih untuk memasak sendiri. Gas dan dapur ada disediakan di tapak perkhemahan manakala di asrama pula disediakan dapur dan gas serta peti sejuk.

Komunikasi dan Keselamatan

PLLD adalah dilengkapi dengan kemudahan radio berfrekuensi tinggi, telefon, telefon awam, e-mel dan faksimili.

Pusat ini dilengkapi alat pertolongan cemas dan landasan helikopter jika berlaku kecemasan. Pelawat adalah dinasihatkan untuk memiliki insuran diri sebelum melawat PLLD.

“Yang Boleh dan Tidak Boleh”

Berikut adalah beberapa perkara asas “yang boleh dan tidak boleh” dilakukan di Pusat ini bagi memastikan anda berasa selesa dan selamat iaitu:

  • Memandulah secara berhati-hati semasa perjalanan ke PLLD. Ingatlah bahawa jalan ini juga digunakan oleh lori balak 70 tan dan lain-lain kenderaan.

  • Sila beri perhatian semasa penerangan diberikan oleh pegawai Pusat ini semasa ketibaan anda.

  • Sentiasa menulis di papan kenyataan yang disediakan tempat tujuan anda sekiranya anda ingin pergi ke hutan tanpa ditemani oleh kakitangan PLLD, dan sila sentiasa berada dalam denai supaya anda tidak sesat.

  • Sila bawa air dalam botol jika anda ingin ke dalam hutan, sila juga bawa lampu suluh dan bateri serta mentol gantian sekiranya anda ingin ke dalam hutan pada waktu malam.

  • Jangan mengambil sebarang benda termasuk bunga, daun, serangga dan sebagainya dari dalam hutan. Ingat, ini adalah hutan simpan dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya secara bijaksana.

  • Sila jangan membawa parang atau senapang. MEMBURU ADALAH TIDAK DIBENARKAN di mana-mana dalam Kawasan Konservasi Danum atau Kawasan Konsesi Yayasan Sabah.

  • Jangan membuang sampah MERATA-RATA dan anda haruslah mempunyai sikap sentiasa bertanggungjawab. Semua sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak PLLD, atau membawanya pulang bersama anda.

  • Ingatlah bahawa pusat ini adalah tempat di mana para penyelidik membuat penyelidikan. Sila hormati kemudahan ini dan kawasan yang dikhaskan hanya untuk penyelidik sahaja.

     

 

All Materials © Yayasan Sabah
Powered by: IBiz Solutions, Inc.