|
ALAM SEMULAJADI
Usaha penyelidikan telah menemui pelbagai jenis tumbuhan yang
menakjubkan serta pelbagai jenis fauna tanah pamah Sabah,
termasuk spesies yang jarang ditemui dan sedang pupus seperti
badak sumbu Sumatra, banteng (tembadau), gajah Asia, harimau
dahan, orang utan dan monyet Belanda. Lebih daripada 120 jenis
mamalia termasuk 10 spesies primat, 40 spesies ikan, lebih 300
spesies burung, reptilia, amfibia dan beraneka jenis kupu-kupu
ditemui di sini.

Hutan di sekeliling Pusat ini didominasi oleh dipterokarpa
dengan ketinggian kanopi melebihi 70 meter secara keseluruhan.
90% daripada Kawasan Konservasi ini diklasifikasikan sebagai
hutan tanah pamah dipterokarp dan 10% selebihnya adalah pokok
silara kecil yang padat, sementara hutan separa pergunungan
terdapat di Gng. Danum.

|