|
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Kawasan Konservasi Lembah Danum merupakan lokasi yang ideal
bagi pelancongan semulajadi dan aktiviti lasak, iaitu dengan
merentas hutan, pengambaran hidupan liar serta memerhati
burung yang memang popular.
Air Terjun Tembaling
Air terjun Tembaling adalah kawasan Air Terjun yang terdekat
dengan pusat ini dan hanya mengambil kira-kira 1 hingga 2 jam
perjalanan merentas hutan. Sepanjang denai, anda boleh
menyaksikan kekayaan flora dan fauna Danum.

Air
Terjun Sungai Purut
Satu daripada kawasan air terjun yang menarik di Kawasan
Konservasi Lembah Danum adalah Air Terjun Sungai Purut yang
terletak dalam perjalanan ke Gunung Danum. Air terjun ini
berketinggin lebih kurang 20 meter dan mempunyai 7 tingkat.
Perjalanan merentas hutan ke air terjun mengambil masa
kira-kira 4 jam dari Pusat ini. Pelawat boleh memilih sama ada
bermalam atau lawatan sehari ke tempat ini.
 Gua
Perkuburan
Gua perkuburan mempunyai erti yang istemewa dalam kepercayan
orang Sungai di Borneo. Mereka percaya kepada kekuasaan pada
bukit dan sungai. Di Lembah Danum, tiga gua perkuburan telah
ditemui, dua daripadanya berada berhampiran dengan Pusat
tersebut dan sebuah lagi di tebing yang menghadap
Borneo Rainforest Lodge.
Gunung Danum
Gunung Danum dengan ketinggian 1093 meter adalah puncak yang
tertinggi di Lembah Danum. Pendaki yang ingin beristirehat
mengambil masa perjalanan selama 3 hari 2 malam. Pendaki lasak
hanya mengambil 4 jam untuk tiba di Gunung Danum. Ini telah
dibuktikan oleh peserta Eco-Challenge, satu aktiviti lasak
bertaraf antarabangsa yang diadakan di Lembah Danum pada tahun
2000.
Borneo Rainforest Lodge (BRL)
BRL adalah merupakan satu kemudahan eko-pelancongan yang
eksekutif terletak di dalam Kawasan Konservasi Lembah Danum.
Ia terletak 40 minit perjalanan dari Pusat Luar Lembah Danum.
BRL menawarkan peluang kepada pelawat untuk menimba pengalaman
dan menikmati keindahan semulajadi hutan tropika tanah pamah
Borneo.
Tempat-Tempat Lain Yang Menarik
Tempat-tempat lain yang menarik terdapat di sini ialah Bukit
Rafflesia di mana bunga Rafflesia pernah ditemui, Kolam Badak
di mana badak sumbu pernah kelihatan , Gunung Nicola antara
puncak yang tinggi di sini serta 50 denai bertanda. Pelawat
mesti menyewa malim hutan dari pusat ini sekiranya mereka
ingin merentas hutan untuk mengelak dari tersesat.

|