|
Projek Pengurusan Kawasan
Lembangan Maliau 1999-2003
Projek “Pengurusan Kawasan Lembangan Maliau” telah
dipersetujui sebagai satu projek kerajaan dengan kerajaan
Malaysia-Denmark dalam bidang alam sekitar pada Oktober 1998.
Projek ini bertujuan menjamin pemuliharaan Lembangan Maliau
untuk kepentingan Sabah, Malaysia dan masyarakat antarabangsa.
Bantuan daripada pihak Denmark disediakan melalui
DANIDA
(Danish International Development Assistance) telah
digariskan apabila satu juruperunding Denmark dipilih untuk
dipertanggungjawabkan membekalkan bantuan daripada pihak
Denmark. Bantuan-bantuan ini dan perkara berhubung telah
dimeterai dalam bentuk kontrak pada Oktober 1999 antara DANCED
dan juruperundingnya,
Ornis Consult Ltd. dan
NEPCon
Joint Venture, manakala bantuan daripada Malaysia melalui
Yayasan Sabah (Sabah Foundation), bagi pihak
Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau.
Satu Jawatankuasa Pemandu Projek (Project Steering Committee)
telah dibentuk untuk memantau perkembangan projek, dan
meluluskan sebarang perubahan utama ke atas pelaksanaan projek.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab memantau secara formal
projek oleh Kerajaan Malaysia dan DANIDA.
Ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Projek adalah:
• Setiausaha Tetap Pejabat Hasil Bumi Jabatan Ketua Menteri,
Sabah (Pengerusi)
• Pengarah, Jabatan Perhutanan Sabah
• Pengarah, Yayasan Sabah
• Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Sabah, Jabatan Ketua
Menteri Sabah
• Wakil Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Sabah
• Pengarah Unit Perancang Ekonomi Persekutuan
• Kaunselor Persekitaran, Kedutaan Di Raja Denmark (Kuala Lumpur)
Satu Kumpulan Pengurusan Projek, yang terdiri daripada
Pengarah Projek, Dr. Waidi Sinun, dari Bahagian Perhutanan dan
Pemasaran Yayasan Sabah, dan Ketua Penasihat Teknikal, En.
Hans Skotte Moeller, Ornis Consult/NEPCon, menyelia satu
pasukan projek yang melibatkan kakitangan tempatan dan juga
luarnegeri.
Projek empat tahun ini bermula secara rasminya pada 1hb Oktober
1999 sehingga 30 September 2003 dan matlamatnya merangkumi:
-
Pembentukan suatu struktur pengurusan berfungsi untuk Kawasan
Pemuliharaan Lembangan Maliau;
-
Pembinaan kemudahan pusat untuk penyelidikan dan aktiviti
lain;
-
Penerbitan suatu Pelan Perancangan 10 tahun yang komprehensif;
-
Meningkatkan kemampuan kakitangan Yayasan Sabah dan
agensi-agensi lain yang berkepentingan;
-
Menambah kesedaran mengenai keperluan konservasi jangka
panjang di kalangan rakyat Sabah dan Malaysia, amnya, dan
akhir sekali;
-
Pelaksanaan dan penerapan Perancangan Pengurusan.
Hanya
30% daripada Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau telah
diterokai, dan para penyelidik akan menjalankan kajian
botanikal, fauna, kajicuaca, hidrologi, geologi dan tanah di
samping penyelidikan pemetaan terperinci.
Projek ini juga telah menangani aktiviti kesedaran awam dan
pendidikan alam sekitar mengenai Kawasan Pemuliharaan
Lembangan Maliau, dan potensinya untuk eko-pelancongan.
Satu
tapak awal, Kem Belian di luar Lembangan berhampiran muara Sg.
Maliau telah dikenalpasti sebagai pusat penyelidikan lapangan.
Satu Pejabat projek telah disediakan berhampiran Pusat
Perhutanan Luasong, manakala Kumpulan Pengurusan Projek
terletak di Bahagian Perhutanan dan Pemasaran Yayasan Sabah di
Kota Kinabalu.
|