|
Kawasan pemuliharaan
lembangan Maliau amat penting dan berbaloi untuk dipulihara.
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau…
-
Satu daripada kawasan yang tidak pernah didiami oleh manusia
bukan sahaja di Sabah dan Malaysia, malahan di seluruh dunia
-
Mengandungi jenis hutan yang luarbiasa dan kepelbagaian
botanikal yang tinggi
-
Merupakan tempat perlindungan binatang yang jarang ditemui dan
terpelihara seperti badak Sumatera, Banteng, Monyet Bangkatan
dan Gajah Asia
-
Mempunyai bentuk geomorfologi yang luarbiasa dan jumlah air
terjun yang amat banyak - berkemungkinan air terjun terbanyak
di Malaysia
-
Merupakan kawasan tadahan air sungai utama dan terpenting di
Sabah - Sg. Kinabatangan
-
Menawarkan peluang-peluang penyelidikan, pendidikan dan
rekreasi rimba/ekopelancongan.

Kawasan Lembangan Maliau seluas 390km2 (39,000
hektar) pada mulanya sebahagian daripada 10,000 km2
(satu juta hektar) konsesi hutan kepunyaan Yayasan Sabah (Sabah
Foundation), satu organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1966
melalui Enakmen Dewan Undangan Negeri Sabah, bertujuan
meningkatkan mutu kehidupan dan pendidikan rakyat Malaysia di
Sabah. Pada tahun 1981 Yayasan Sabah secara sukarela
mengkhaskan Lembangan Maliau sebagai kawasan pemuliharaan
untuk penyelidikan, pendidikan dan latihan, bersama kawasan
konservasi Lembah Danum di bahagian timur.
Pada tahun 1997 Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau telah
dinaiktaraf oleh Kerajaan Negeri Sabah menjadi Hutan Simpan
Perlindungan (Kelas Satu) dengan keluasan pada masa ini
588.4km2 (58,840 hektar).
Menurut Enakmen Perhutanan Sabah, kawasan di bawah klasifikasi
hutan ini tidak akan diberi hak konsesi balak. Dengan
penerbitan Pekeliling Kerajaan,
Peraturan Hutan Kawasan Pemuliharaan Maliau (1998)
status sah dan modus operandi kawasan telah ditubuhkan.
Pengurusan seharian Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau
dijalankan oleh Yayasan Sabah, bagi pihak gabungan agensi
Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau yang terdiri daripada:
•
Jabatan Perhutanan Sabah (Pengerusi)
•
Yayasan Sabah (Setiausaha)
•
Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar
dan Kebudayaan
•
Universiti Malaysia Sabah
•
Jabatan Hidupan Liar Sabah
•
Taman-taman Sabah
• Muzium Sabah
•
Universiti Kebangsaan Malaysia
•
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
•
Universiti Putra Malaysia
•
Universiti Malaysia Sarawak
•
Jabatan Konservasi Alam Sekitar
• Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum
•
Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah
•
WWF, Malaysia
• Akademi Sains Malaysia
•
Majlis Perbandaran Tawau
• Pejabat Daerah Tongod
• Pejabat Daerah Keningau
• Pejabat Daerah Nabawan
Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau telah dibentuk pada
April 1998 dengan peranan menasihat kerajaan Negeri mengenai
dasar menyentuh semua bidang pengurusan Kawasan Pemuliharaan
Lembangan Maliau menurut peraturan, dalam warta Pekeliling.
Pengerusi Jawatankuasa pada masa ini (1999-2002) adalah Datuk
Daniel Khiong yang juga merupakan Pengarah, Jabatan Perhutanan
Negeri Sabah, manakala Dr. Waidi Sinun dari Yayasan Sabah
memegang jawatan Setiausaha.
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau juga diwartakan di bawah
Enakmen Khazanah Budaya (Konservasi) Negeri tahun 1997,
yang membekalkan pemeliharaan, pemuliharaan dan pembangunan
khazanah budaya Sabah.
Pada tahun 1999, satu projek tiga tahun telah dimulakan oleh
Yayasan Sabah dengan usahasama DANCED/DANIDA (Danish
International Development Assistance) bagi menyediakan satu pelan
perancangan untuk kawasan ini. Projek ini bertujuan menjamin
pemuliharaan Lembangan Maliau untuk faedah negeri Sabah,
Malaysia dan masyarakat antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut sila tekan
Projek Pengurusan Lembangan
Maliau.
|