|
Flora and Fauna
Flora
- ‘rahsia di sebalik kehijauan yang menyelubungi hutan’
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau merangkumi suatu
penggabungan kepelbagaian jenis hutan, yang khususnya terdiri
daripada hutan pergunungan rendah, hutan kerangas pergunungan
serta hutan dipterokap tanah tinggi dan tanah rendah.
Didominasi oleh pokok Agathis yang tersergam tinggi,
hutan pergunungan rendah yang juga kaya dengan oaks, laurels
dan conifers seperti spesis Dacrydium, membentuk
kepulan hutan awan di bahagian utara cenuram.
 Satu
ciri menonjol di kawasan hutan pergunungan rendah adalah
pelbagai pakis Dipteris, membarisi tebing sungai.
Air di kawasan ini berwarna teh dan berasid, disebabkan tannin
yang menyusup keluar daripada rimbunan daun-daun bergambut.
Hutan kerangas dengan tumbuhan terbantut boleh dilihat di
kawasan rata dalam lembangan di tanah yang kurang nutrien dan
berasid. Tumbuhan sesemut, rhododendrons dan periuk kera
adalah kelaziman.
Hutan dipterokap banyak terdapat di bahagian luar lembangan
dan di bahagian bawah dalaman lembah, dan amat kaya dengan
pokok berbuah.
Lebih daripada 1800 spesis tumbuhan telahpun dikenalpasti,
termasuk enam spesis periuk kera dan 80 jenis orkid, beberapa
daripadanya adalah rekod baru untuk Sabah. Rafflesia
tengku-adlinii juga telah ditemui di Lembangan Maliau,
satu daripada tiga kawasan yang boleh dijumpai di Sabah, yang
dua lagi adalah di Gunung Kinabalu dan Banjaran Trusmadi.
Fauna - ‘hidupan liar di hutan dara’
Walaupun
banyak lagi kawasan yang belum diterokai, Kawasan Pemuliharaan
Lembangan Maliau telah membuktikan bahawa ia adalah kediaman
untuk beberapa spesis terancam dan jarang ditemui di Sabah
termasuklah Gajah Asia dan Monyet Bangkatan.
Antara
82 spesis mamalia yang telah disahkan termasuklah
Harimau Dahan dan Beruang Malaya, manakala di
pinggiran kawasan pemuliharaan, Tembadau (Banteng) dan
Kucing Hutan telah dilihat.
Tidak
kurang hebatnya terdapat
270 senarai spesis burung yang telah
dicatat iaitu Burung Bekia, Burung Pacat,
Burung Helang Malam, Bornean Bristlehead dan lima
spesis burung enggang, bersama-sama beberapa lagi spesis
kawasan pergunungan yang jarang ditemui atau hanya akan
ditemui di Gunung Kinabalu dan Trusmadi.
Air yang berasid di Lembangan Maliau merupakan penyebab
kurangnya spesis ikan (iaitu tiga sahaja sehingga kini), namun
sebanyak 30 spesis amfibia telah dijumpai termasuklah seekor
katak yang menjadikan periuk kera sebagai terataknya!
Di
antara pelbagai invertebrata, sekurang-kurangnya dua spesis
baru untuk sains telah dijumpai iaitu sejenis kumbang
Dytiscidae, Neptosternus thiambooni dan ketam
Thelphusula hulu.
|