English | Malay

 

Pandangan Dari Udara  Pemuliharaan & Pengurusan   Projek   Dulu & Kini   Flora & Fauna   Maklumat Pelawat   Talian

   Bahan Rujukan   Onlinestore    Reservations   Tariffs  Berita   Soalan   Terms   Runjukan


Melangkah masuk ke "SABAH'S LOST WORLD"

Maklumat Pelawat

Pelawat ke Kawasan Pemuliharaan Lembangan amat dialu-alukan. Masuk ke Lembangan adalah terkawal dan memerlukan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Yayasan Sabah (rujuk contacts). Perlu diingatkan di sini bahawa Lembangan Maliau merupakan suatu kawasan yang jauh, tidak rata dan terpencil dengan serba kekurangan dari segi perhubungan, komunikasi dan kemudahan.
Bird watching at Camel Trophy Camp.Photo By P.Chong
Aktiviti

Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti berikut:
• Mengembara merentasi hutan dan pengalaman di rimba
• Memerhati burung
• Fotografi alam semulajadi
• Perjalanan malam
• Pemerhatian malam untuk melihat haiwan nokturnal sepanjang jalan
• Rekreasi dan aktiviti berenang

Agathis Camp, Maliau Basin. Photo By CCDPenginapan

Terdapat beberapa kemudahan penginapan asas termasuklah satu tapak perkhemahan lengkap di Kem Agathis, Kem Camel Trophy dua tingkat dan beberapa lagi kem perkhemahan dalam lembangan sendiri.

Kemudahan air dan untuk mandi boleh didapati dari anak-anak sungai dan sungai yang berhampiran. Tidak ada bekalan elektrik.

Penginapan adalah terhad untuk kawasan tersebut di atas sahaja. Pengunjung tidak dibenarkan mencantas kawasan baru untuk membuat kawasan perkhemahan.

30m High Agathis Tree With Canopy Obsevation Platform at Camel Trophy Camp. Photo By P.ChongKemudahan-kemudahan lain

Terdapat lebih daripada 55km denai bertanda dalam kawasan pemuliharaan lembangan Maliau, dan beberapa landasan helikopter yang boleh digunakan untuk pemindahan kecemasan atau bagi pelawat yang memilih untuk masuk ke lembangan melalui helikopter dan bukannya secara merentas.

Satu pelantar observasi silara setinggi 30m terletak di Kem Camel Trophy.

Kem Belian yang terletak di luar lembangan telah dikhaskan sebagai tapak utama kajian lapangan dan kegunaan kakitangan sahaja.


Komunikasi dan Keselamatan
Sistem komunikasi yang berfungsi di kawasan ini adalah radio VHF, di mana ianya membolehkan saluran komunikasi di antara Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau dan stesen pintu masuk keselamatan, Pusat Perhutanan Luasong dan Tawau. Alat komunikasi VHF hendaklah dibawa masuk ke dalam lembangan oleh rombongan yang masuk dan boleh disewa daripada Yayasan Sabah.

Pelawat yang memasuki Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau adalah atas risiko sendiri dan semua pelawat hendaklah menunjukkan bukti Insuran Kemalangan Persendirian, yang antara lainnya meliputi pemindahan kecemasan dengan helikopter sebelum kebenaran diberi.
 


Syarat-syarat masuk :-

  • Tidak dibenarkan memburu di kawasan pemuliharaan Lembangan Maliau atau Kawasan Konsesi Yayasan Sabah.

  • Senjata api adalah ditegah sama sekali.

  • Melainkan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau, pelawat tidak dibenarkan mengumpul spesimen tumbuhan atau menjerat binatang

  • Tidak dibenarkan mencantas sebarang tumbuhan atau membuat laluan denai baru.

  • Tidak dibenarkan menconteng di batu-batu atau pokok-pokok kayu.

  • Kesemua sampah sarap hendaklah dibawa keluar.

  • Kesemua pelawat hendaklah ditemani oleh sekurang-kurangnya dua orang mergastua Yayasan Sabah, menginap di kawasan yang telah dikenalpasti dan membawa bersama mereka radio VHF.

  • Kebakaran hutan adalah satu ancaman yang berbahaya dan unggun api hanya boleh dinyalakan di bawah seliaan Mergastua.

  • Jumlah rombongan terhad untuk 15 orang sahaja (10 orang jumlah yang amat bersesuaian) dan setiap rombongan hendaklah melantik seorang Ketua Kumpulan dan Penolong Ketua Kumpulan.


Map of Maliau Basin Conservation AreaBagaimana ke Lembangan Maliau

Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau boleh dimasuki melalui jalan dari Tawau atau Keningau.

Perjalanan dari Tawau, adalah sejauh 190km, empat hingga lima jam melintasi Pusat Perhutanan Luasong.

Dari Keningau, perjalanan mengambil masa selama lebih kurang lima jam.

Kenderaan pacuan empat roda perlu, memandang perjalanan adalah melalui jalan-jalan balak.

Dari Kem Agathis, pengembaraan mengambil masa selama lebih 6 jam melalui selatan cenuram ke Kem Camel Trophy, dan seterusnya sehari perjalanan ke Air Terjun Maliau. Tidak ada jalanraya di dalam Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau.

Maliau Basin Security Gate. Photo By S.YorathPas Pintu Masuk untuk setiap kenderaan termasuk nama setiap penumpang, hendaklah ditunjukkan di pintu masuk keselamatan Lembangan Maliau. Pas pintu masuk boleh didapati daripada pejabat-pejabat Bahagian Perhutanan dan Pemasaran Yayasan Sabah di Kota Kinabalu atau Tawau (lihat rujukan).
 

 

 

All Materials © Yayasan Sabah
Powered by: IBiz Solutions, Inc.