| 1947:
|
Pertama kali dijumpai oleh
seorang juruterbang yang hampir
merempuh
cenuram lembangan Maliau.Jabatan Kajian Geologi
sampai di Kuala Maliau di luar lembangan tetapi tidak
masuk.
Lembangan Maliau, adalah sebahagian daripada Hutan
Simpan Komersil Gunung Rara Kelas II, di masukkan ke
dalam Kawasan Konsesi Yayasan Sabah. |
| 1960: |
| 1970: |
| 1976: |
Pasukan Kajian Botanikal Jabatan
Perhutanan negeri telah mencuba untuk mendaki cenuram
dari bahagian utara tetapi gagal sampai ke tebing.
|
| 1980: |
Pasukan Muzium Sabah mendaki dari
bahagian utara cenuram tetapi terpaksa patah balik
kerana jatuh sakit dan kehabisan bekalan.
|
| 1981: |
Yayasan Sabah dengan sukarelanya
mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai Kawasan
Pemuliharaan khas untuk tujuan penyelidikan, pendidikan
dan latihan. Kumpulan Kajian Pertama Yayasan Sabah
dibawa masuk dengan helikopter di bahagian utara cenuram
untuk membahagikan sempadan Kawasan Pemuliharaan,
mencantas dan membina tiga landasan helikopter.
|
| 1982: |
Perjalanan Peneroka Pertama ke dalam
lembangan oleh Yayasan Sabah, satu lawatan awal untuk
merancang ekspedisi saintifik tahun 1988.
|
| 1984: |
Pengisytiharan Kawasan Pemuliharaan
Lembangan Maliau oleh Yayasan Sabah telah di luluskan
oleh Kabinet Negeri Sabah.
|
| 1986: |
Pasukan Ekspedisi seramai empat orang
memasuki lembangan daripada cenuram bahagian barat laut
dan merentas masuk ke Kuala Maliau. Denai yang dikenali
sebagai Jalan Babi ditemui.
|
| 1987: |
Syarikat BHP Minerals menjalankan kajian
geologi secara terperinci di keseluruhan Lembangan
Maliau dan kawasan sekitarnya untuk mengkaji sejauhmana,
kedalaman dan nilai sumber arang batu.
|
| 1988: |
Ekspedisi saintifik terbesar yang
pertama ke dalam Lembangan Maliau, dianjurkan bersama
Yayasan Sabah dan WWF Malaysia. Laporan hasil ekspedisi
ini menggariskan penemuan berhubung geologi, tanah,
hidrologi, geomorfologi, cuaca, kajian tumbuhan, kajian
binatang dan kesan manusia. Hasil daripada ekspedisi ini,
didapati bahawa Lembangan Maliau amat unik, dengan
beberapa rekod penemuan spesis baru untuk Sabah yang
ditemui dalam ekspedisi itu sahaja. Di samping output
kajiannya, ekspedisi ini membuahkan satu filem
dokumentari bertajuk “The Lost World of Sabah”.
|
| 1991: |
Kerajaan Negeri Sabah menjalankan satu
Penilaian Awal Impak Alam Sekitar ke atas cadangan
pembangunan arang batu di Lembangan Maliau. Penilaian
ini yang dijalankan oleh syarikat juruperunding Kanada,
termasuk kerja-kerja inventori yang banyak mengenai
tumbuhan dan vertebrata di kawasan timur lembangan yang
belum pernah dikaji. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya
kegiatan perlombongan dijalankan walaupun berasaskan
garispanduan alam sekitar yang tegas, namun
aktiviti-aktiviti berkaitan akan memberi kesan yang
hebat ke atas lembangan, iaitu laluan yang mudah akan
menyebabkan lebih ramai kemasukan pemburu, pengumpul
gaharu dan rotan, di samping kesan yang lebih mendalam
ke atas Ulu Kinabatangan pada amnya.
|
| 1992
1993:
1994:
1996:
|
Raleigh
International telah menyediakan satu tapak bangunan
stesen penyelidikan lapangan dan satu landasan
helikopter di bahagian selatan dataran.
Stesen Lapangan Lembangan Maliau (Kem Camel Trophy)
telah dibina dengan bantuan peserta-peserta Jelajah
Camel Trophy.
Raleigh International telah menyelidik dan menerokai
dataran selatan. Air Terjun Takob-Akob, Giluk dan
Mempersona telah dijumpai.
Ekspedisi Saintifik Lembangan Maliau yang kedua, yang
dianjurkan bersama Yayasan Sabah, Unversiti Malaysia
Sabah dan Kementerian Pelancongan, Sains dan Teknologi
Sabah. Suatu kajian yang lebih mendalam dijalankan ke
atas kawasan barat daya lembangan, yang merangkumi
sekurang-kurangnya 10-20% daripada jumlah keseluruhan
kawasan lembangan. |
1997:
1997: |
Diwartakan
oleh Dewan Undangan Negeri Sabah sebagai Hutan Simpan
Perlindungan Kelas I dan bertambah dalam saiz keluasan
dari 39,000 ke 58,840 hektar dengan meliputi cenuram
luar bahagian utara dan timur serta Tasik Linumunsut.
Kem Awal (Kem Agathis) didirikan di berhampiran cenuram
selatan Lembangan.
|
| 1998: |
Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau
antara agensi telah dibentuk.
|
| 1998: |
Pembinaan pintu keselamatan dan jalan
masuk.
|
| 1999: |
Kerja-kerja dimulakan oleh Yayasan Sabah
dan DANCED (Danish Cooperation for Environment &
Development) dalam persediaan tiga tahun untuk merangka
Pelan Pengurusan Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau.
|
| 1999: |
Kem Belian diwujudkan berhampiran muara
Sungai Maliau.
|
| 2000: |
Kajian lapangan secara intensif
dijalankan sebagai sebahagian daripada persediaan Pelan
Pengurusan Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau.
|
| 2001: |
Ekspedisi Saintifik Tasik Linumunsut
dijalankan.
|
| 2002: |
Majlis ‘Pecah Tanah’ Kawasan
Pemuliharaan Lembangan Maliau – oleh HRH Prince Henrik
dari Denmark & Tan Sri Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul,
Pengarah Yayasan Sabah.
|
| 2003: |
Majlis Perasmian Papak Perkhemahan.
Belian-oleh Sow-A-Seed Foundation (IKEA), Yayasan Sabah
& Trekforce Expedition. |