|
Lembangan
Maliau – Pandangan dari Udara
Lembangan Maliau – Di mana letaknya?
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau terletak di atas
garisan Khatulistiwa di selatan tengah Sabah, iaitu
kawasan hujung Utara dua negeri di Malaysia timur di Pulau
Borneo.
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau terletak
bersebelahan Kawasan Konsesi
Yayasan Sabah,
lebih kurang 190 km dari bandar Tawau (di kawasan pantai
barat daya) dan lebih kurang 40 km utara sempadan
Kalimantan (Indonesia) di antara 116º44’ – 117º3’ Timur
dan 4º41’ – 4º56’ Utara.
PLAY (56k Streaming)
|
PLAY (128k Streaming)
|
|
Bentuk
Mukabumi
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau seluas 588.4 km2 (58,840 hektar), meliputi keseluruhan Lembangan Maliau (390km2),
termasuk tambahan kawasan hutan seluas 198.4 km2 ke timur dan
utara cenuram, juga Tasik Linumunsut yang terbentuk hasil
tanah runtuh menyumbat sungai kecil yang mengalir dari Sungai
Pinangah. |
Sementara kesemua kawasan ini tidak rata,
Lembangan Maliau yang berbentuk piring ini dibezakan melalui
sempadannya yang hampir bulat, bercenuram curam, membuatnya sukar untuk dijejaki dari
kebanyakan sudut. Puncaknya yang tertinggi dipercayai adalah
Gunung Lutong di utara tebing, yang berketinggian lebih
1,675m. Walaubagaimana pun, ianya masih memerlukan pembuktian
yang lebih lanjut. Mirip kawah gunung berapi, lembangan
berdiameter 25 km ini pada hakikatnya merupakan hasil
pembentukan mendapan yang sebahagian besar terdiri daripada
lapisan batu pasir dan batu lumpur.
Lembangan ini merupakan satu kawasan tadahan, mengalir melalui
sekelompok cabang sungai daripada Sungai Maliau, satu
daripadanya menjunam menjadi beberapa buah air terjun kecil
yang dikenali sebagai Air Terjun Maliau. Terdapat banyak juga
air terjun kecil yang dijumpai di lembangan ini. Sungai Maliau
kemudiannya mengalir melalui satu gaung di tenggara lembangan
ke Sungai Kuamut, yang seterusnya mengalir masuk ke
Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah.
Gambar
Satelit Lembangan Maliau Data
pancar jauh yang digambarkan oleh Landsat Satellite (saiz
imejan 36km x 36km).
Warna kuning di luar Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau (KPLM)
mewakili hutan terganggu, manakala warna hijau muda
di dalam KPLM merujuk kepada liputan hutan dipterokap silara
tertutup.
Biru kemerahan menunjukkan hutan kerangas.
Hijau tua di bahagian tenggara mewakili hutan pengurangan
kesan pembalakan (RIL).
Jalan kawasan balak kelihatan pada garis berwarna firus,
manakala garisan berwarna biru gelap adalah Sungai Maliau dan
beberapa cabang sungainya.
|